السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ayat dari surah ini baik dibaca selepas solat maghrib dan
subuh. (Buku "Indahnya Amalan Doa" Dari Dato Ismail Kamus Muka Surat
75) Jika nak dibaca setiap kali solat pun digalakkan. Ayat ini juga telah
diamalkan oleh kedua arwah ibu dan bapaku semasa hidup mereka dan telah
berpesan kepadaku untuk mengamalkan kerana banyak fadhilatnya.
Ayat 128
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ (١٢٨)
“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma
AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”
Ayat 129 فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (١٢٩)
“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw
AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”
Artinya : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-oarng yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “Cukuplah bagi Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar “.
Maksud :
128 . Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari
golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat
kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak
(inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta
kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
129. Kemudian jika
mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku
Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan dia; kepadanya Aku berserah dan Dialah yang mempunyai Arasy yang
besar.
Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah
1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah SWT
jika dibaca secara berulang-ulang kali.
2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh
memudahkan urusan dunia dan akhirat.
3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk
hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan
ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.
4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu
kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
5. Ayat ini juga untuk pengasih
6. Apabila
sampai waktu ajal kita, kita tidak akan dapat membaca 2 ayat ini walaupun
sebelum ini kita dah biasa membaca dan mengamalkannya. Allah memberi kita
petunjuk bahawa ajal kita sudah semakin hampir, dan pada saat dan waktu itu
kita seakan-akan lupa ayat ni, tak boleh nak ingat, padahal hari-hari kita
baca. Itu tandanya…ajal kita sudah hampir tiba. Inilah salah satu petanda yang
Allah beri pada hambanya yang mengamalkan surah Al-Taubah, ayat 128-129.
VIDEO